Novel – Antara Cinta, Kekasih dan Sahabat

•December 23, 2008 • Leave a Comment

Bab 1 – Part 2

 

Aku terus menumpukan ke arah guru kelas ku yang baru. Ah.. Cikgu adnan lagi.. Kali ni sudah kali ke 2 cikgu yang sama menjadi guru kelas aku. Sudah semestinya cikgu adnan amat mengenali diri aku dan perangai aku. Segala telatah aku yang kekadang mencuit hati, kedegilan, keras kepala dan segala macam telah diketahui oleh nya. Selain daripada menjadi guru kelas aku semasa aku di tingkatan 1, cikgu adnan merupakan penasihat akademi aku. Segala keputusan peperiksaan dan tahap prestasi aku sudah di ketahui oleh cikgu adnan.

 

            Kali ini cikgu adnan terus tertumpu kepada aku. Dengan senyum sinis seperti ada saja perkataan yang ingin dikatakan kepada aku namun mungkin tersekat oleh kehadiran pelajar-pelajar lain. Terus dia memperkenalkan diri kepada semua pelajar-pelajar lain tetapi bagi aku, aku telah mengenali guru adnan lebih sebagai guru aku namun banyak perkara telah berkongsi bersama-sama cikgu adnan.

           

            Cikgu adnan terus memulakan perbicaraan kelas dengan meminta percalonan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.  Rakan-rakan sekelasku masing-masing berpandangan sesama sendiri. Mungkin tertanya-tanya calon yang mana layak untuk dijadikan ketua tingkatan.. Bagi aku jawatan tidak lah sepenting mana sebab bagi aku diri aku sendiri tidak tahu untuk di uruskan bagaimana aku nak menjadi ketua yang boleh dicontohi. Aku terus berkhayal dan terus hilang dari suasana kelas yang masing-masing memberi respon dan mencadangkan nama-nama untuk dijadikan ketua.

“ daniel sanzley tengku dennis “.. Aku tersedar nama aku di laungkan oleh cikgu adnan. Rupa-rupa tanpa aku sedari nama aku menjadi antara pilihan untuk dijadikan ketua tingkatan. Dengan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku aku mengangkat punggung ku dan melangkah ke depan kelas.. Ada yang ketawa kecil melihat keadaan aku yang serupa lembu yang tak bertanduk dan mengaru kepala bukan kerana gatal. Aku melihat muka nazrin.. Dengan muka yang senyum lebar sudah memberi jawapan bahawa dia lah orang yang mencalonkan aku….. Aku terus berdiri di hadapan bersama-sama pelajar lain yang dicalonkan.

           

Apabila pengundian dimulakan, aku mendapat undian kedua tertinggi, dengan itu secara rasminya aku menjadi penolong ketua tingkatan…. “ ah… apa plak ni.. Apa aku kena buat jd penolong ni “ merungus bicara hati yang sebenarnya tidak bersedia untuk dilantik sebagai contoh kepada pelajar lain. Aku terus melangkah ke arah tempat duduk aku. Aku sempat menguis kepala nazrin yg tersengeh apabila aku mendapat jawatan sbg penolong ketua tingkatan. Kerana dia aku dalam situasi sekarang yang mempunyai tanggungjawab. Aku bukanlah seorang yang suka menanggung tanggunjawab. Namun dari tingkatan 1 aku sudah menjadi pustakawan. Namun sedikit sebanyak tugas-tugas yang diberikan aku mulai belajar darinya. Sebagai seorang penolong kelas aku sedar penampilan, kebijaksanaan dan yang penting tanggungjawab mesti diutamakan kerana setiap gerak geri kita akan diperhatikan.

“ kring……….” Bunyi loceng sekolah menandakan tamat pembelajaran untuk hari yang pertama. Tidak ada yang istimewa melainkan hari ini merupakan hari pertama aku sebagai penolong ketua tingkatan 2 elit.  Aku terus mengemas segala buku-buku yang berada di bawah meja ku lalu menyumbat kedalam beg sekolahku yang berwarna hitam. Aku mmg gemar warna hitam.. Kalu diikutkan semua benda aku akan hitamkan….. Begitulah juga hati ini yang jauh seperti berada didalam keadaan kegelapan… aku terus melangkah keluar dari kelas sesudah memastikan segala suis dan tingkap telah ditutup.  Tanpa aku sedari aku sekali lagi dikejutkan oleh nazrin…. “ amboi kawan kita sorang ni.. Mentang-mentang jadi penolong ketua kelas dah kekwat…. “ kata-kata nazrin amat mendalam bagi ku . Jika aku ada kuasa hendak aku tampar sekuat hati ke mukanya… bukan aku yang pinta tuk menjadi penolong ketua kelas… namun beliau sendiri yang mencadangkan nama aku untuk jawatan berkenaan. Aku terus membisu dengan perasaan yang kurang senang apabila mendengar nazrin berkata sedemikian.

 

Aku terus melabuhkan tubuhku ke atas katil sambil mata ku melihat-lihat jam ditangan..  “ ah dan pukul 1.30 ptg…. Nak pergi sembahyang pulak” aku terus mencapai tuala yang tersangkut di  bibir katil.. Lalu terus ku melangkah pergi ke tandas. Sesudah aku menunaikan solat aku kembali melabuhkan tubuhku ke atas katil. Jam menunjukkan pukul 2.30ptg. Pada waktu sebegini biasanya ramai pelajar berpusu ke perpustakaan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah ditugaskan oleh guru pada sessi persekolahan. Tp lain pula bagi aku, pada waktu begini aku lebih selesa merehatkan diri di dalam dorm sambil mendengar walkman yang sentiasa menjadi teman setia untukku. “ duhai malam… tiada bintang… “ alunan lagu siti nurhaliza menjadi pilihanku untuk menemani seketika perasaanku… tanpa aku sedari aku telah jauh dibuai mimpi……

 

School

Novel – Antara Cinta, Kekasih dan Sahabat

•December 22, 2008 • Leave a Comment

Bab 1 – Part 1

“Pergi.. pergi kau dari sini….. aku tak mahu lagi tengok muka kau.. jauhkan diri dari aku…”

 

            Masih teringat-ingat kata sahabat baik ku yang menghalau aku dari bilik nya…. Bila teringat kembali zaman-zaman silam ada yang begitu lucu dan berbagai-bagai ragam sahabat yang aku kenali. Ada yang begitu baik dan ada yang ku sangka baik tetapi sungguh kejam sikapnya.

 

            Sekarang aku masih sendiri dan teringat kata-kata sahabat ku yang pernah suatu ketika dulu menjadi sahabat yang teramat aku sayangi. “ apa guna hidup kalu tak saling bantu membantu, itulah guna kawan”.. Tp dibenak hatiku begitu jauh aku mengenali apa erti persahabatan yang aku sendiri sukar untuk mencari apa sebenarnya erti. Sukar untuk diungkap atau diterjemahkan.

 

 

            “ Kring….” Tersentap aku dari lamunan yg direka aku sendiri dan dibuai mimpi-mimpi indah…. “ ah.. Dah pukul 6 pagi”

 

Seperti biasa di sekolah asrama, semua pelajar telah dilatih untuk bangun seawal pagi untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

 “mungkin ini yg ibu ku harapkan.. Menjadi seorang insan yang sempurna dan berdikari “ cetus hatiku disamping air di tadah untuk pengambilan wuduk di awal pagi yg hening.

 

Seperti semalam aku melangkah ke sekolah asrama namun sekarang sudah genap setahun aku disini. Baru semalam  seperti aku menitiskan air mata kerana ibubapa aku meninggalkan aku disekolah ini tetapi sedar tak sedar disini la bermulanya kehidupan aku sebagai seorang pelajar, anak, dan juga sahabat.

 

Sungguh besarnya erti persahabatan bagi diri aku. Kerana sehabat aku ponteng sekolah, kerana sahabat aku melawan kata-kata ibubapaku dan kerana sahabat lah aku berjaya sehingga sekarang…

 

“Oii… mengelamun jer ko pepagi buta ni.. Ni nak amik wuduk ke kau nak jd hantu air.. Dr tadi aku tgk ko tenung air tu.. Cepat la skit.. Warden dah tunggu tu nak sembahyang.. “

Tersentap aku pabila si nazrin menegurku.. Seorang sahabat yang cukup memahami aku, segala masalah aku dia yang selesaikan.

 

Dengan secepat yang boleh aku menyudahkan pengambilan wuduk aku dan beredar dari situ lalu menunaikan solat subuh secara berjemaah di dalam surau sekolah.

 

“ Ha…. Yang dua tiga ekor tue apsal terhegeh-hegeh.. Jalan macam mak lenggang.. Cepat skit”.. Warden salleh menekik-nekik pada beberapa pelajar yang masih belengah-lengah keluar daripada dorm asrama.

 

            Hari ini merupakan hari pertama persekolahan. Aku yang berada dalam tingkatan dua untuk tahun ini. Aku berharap segala perjalanan persekolahan pada tahun ini adalah memberangsangkan memandangkan sudah satu tahun aku asik dalam kedudukan terendah didalam kelas aku. “aku mesti lebih berusaha untuk meneruskan cita-cita aku”.. “ oiii…” tersentap sekali lagi kerana nazrin menepuk aku dari belakang.. “ budak ni nak kena ngan aku ni “… cetus dlm hati aku.. “ ko ni apsal.. Dr pagi tadi aku tgk ko nih asik termenung je.. Ada masalah ke? Nazrin dengan muka penuh minat bertanya pada aku. “ tak ada apa-apa la.. Ko ni “.. Aku cuba mengelak untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati aku..

Aku dan nazrin memang dikenali oleh semua pelajar sebagai merpati dua sejoli.. Sebab mungkin aku dan dia begitu rapat. Sehingga ada suara-suara yang menyatakan aku dan dia adalah pasangan gay.

 

            Disekolah ini, pasangan lelaki sesama lelaki tidak pernah diherankan kerana ia seperti amalan biasa kerana semua pelajar disekolah ini adalah sesama jenis. Oleh itu, tidak heranlah jika cinta berputik kerana tidak ada bunga untuk dilihat tetapi dedebu bunga yang ada untuk di sunting. Aku juga tak pernah terlepas daripada disunting oleh pelajar-pelajar senior untuk dijadikan sebagai adik angkat la, boyfren la.. Dan macam-macam lagi. Pada mula aku melangkah sekolah ini.. Adalah suatu yang anih bagi aku dan amat menakutkan. Sehingga kekadang aku cuba untuk tidak menghiraukan. Bagi aku itu adalah terlarang. Namun sikap manusia yang kekadang kalanya tidak boleh dihalang dan kita perlu menghormati nya tetapi ia tetap salah disisi agama.

 

            “ Daniel Sanzley Tengku Dennis…..” Aku tersentap dari lamunan aku pabila nama aku disebut… “ awak dimasukkan ke 2 elit yer.” Kata encik adnan kepada aku. Hari ini adalah pengagihan kelas yang baru.. Dari jauh aku ternampak nazrin yg tersengeh seperti kera sumbing.. “ha..ha..ha.. Ko masuk kelas aku jugak.. Best nya.. “ nazrin menunjukkan reaksi gembiranya kepada aku. Aku hanya senyum sipu menandakan aku turut gembira. Sebelum ini aku dan nazrin berlainan kelas. Tetapi kami merupakan teman dorm yang sama. Oleh itu aku dan dia agak rapat. Pencapaian aku dalam akademi tidak lah begitu baik, tidak seperti nazrin yang selalu mendapat keputusan yang amat cemerlang didalam pelajaran. Aku merupakan pelajar yang sederhana dikalangan pelajar-pelajar disekolah ini. Ini juga menyebabkan aku tertekan apabila melihat prestasi aku dan tekanan daripada ibubapa aku untuk melihat aku berjaya kelak. Namun tidak pernah aku berputus asa. Nazrin juga selalu mengajar aku jika aku mengalami kesulitan didalam pelajaran. Tetapi kebiasaannya aku lebih selesa berlajar sendirian dan tidak mahu untuk belajar bersama-sama rakan yang lain. Bagi aku itu lebih selesa kerana aku dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

 

Didalam lamunan tadi, baru ku sedar aku sudah berada didalam kelas. Bunyi bising, hingar bingar oleh suara rakan-rakan sekelas.. Membuatkan aku hanya mendiamkan diri.       Maklumlah berbagai pengalaman yang dilalui semasa cuti akhir tahun, semua sibuk menceritakan apa yang dilalui semasa cuti.

Aku melangkah ke meja, dihujung sekali yang berdekatan dengan tingkap menjadi undangan tempat belajarku. Aku hanya melihat diluar tingkap dengan pemandangan tasik sekolah yang penuh asik dan tenang membuatkan aku berasa lega daripada mendengar bunyian bising didalam kelas.

 

            “ Ada orang dekat sini…. “ nazrin lagi… regus hatiku membuatkan aku rasa bosan. “ ko ni kenapa.. Sejak balik dr cuti ko dah lain la… ko ada masalah ke?.. Cerita la kat aku.. Aku kan kawan ko..” Nazrin umpama mengerti apa yang terpendam dalam hati aku. Lalu dengan keadaan terpaksa “ aku ok la beb.. Aku sihat je.. Cuma…” aku membehentikan kata-kata aku. “ cuma apa..? Nazrin terus menanya… “ tak ada apa-apa la.. Aku ok la..” “ ko amacam cuti? Best tak? “ aku cuba memecahkan persoalan yang ditunggu-tunggu oleh nazrin kepada pertanyaan soalan yang lain.. “ aku cuti biasa je… we all one family go australia for holiday.. So sweet place.. Aku rasa tak mau balik je duk sana..” Nazrin menceritakan pengalaman dia di australia..tetapi hanya muka aku memandang atau medengar namun fikiran aku jauh melayang sekali tah kemana-mana. Aku mmg tahu nazrin datang dari keluarga yang sangat berada.. Apa yang dikehendaki sudah termaktub akan dikecapi.. Pengalaman dia adalah lebih banyak daripada aku dari segi perjalanan ke serata dunia. “ aku kat perak ni pun tak abis jalan lg.. Nak keluar negeri pun tah bila aku dapat pergi….” Cetus permainan hati aku. “ ko nih dengar ke tak” nazrin merengus sambil menepuk peha aku.. “ aduh” aku terasa sakit di tepuk oleh nazrin lalu tersedar sekali lagi dari lamunan. “ ko ni apsal ni.. Ko selalu tak macam ni.. Kenapa dah lain sangat ni… “ nazrin menanyakan untuk mendapatkan kepastian daripada aku.

 

            Tanpa aku sedari ku rasai titisan air dipipi aku yang aku sendiri tak mengerti mengapa ia boleh menitis sendiri.. Aku berpaling ke arah tingkap untuk menyorok wajahku daripada dilihat oleh nazrin. Namun nazrin menyedari kehadiran sinar gelap dr wajahku.. “ wehh.. Kenapa weh.. Aku ada silap cakap ke? “ nazrin menjadi panik apabila aku menitiskan air mata.. “ ko ok ker? “ nazrin terus menanya aku namun sepi tanpa kata dari aku. Nazrin membiarkan aku melayan perasan sebentar… mmg sikap dia suka membiarkan orang melayan perasaan daripada terus menganggu. Itulah sikap yang paling aku suka pada nazrin. Di umpama mengerti kesusahan dan perit yg dilalui oleh seseorang. Dia tidak suka menganggu emosi seseorang jika sedang mengalami masalah.

 

 

            “ Bangun…. Assalamuailaikum cikgu….. “ aku terus mengesat lebihan titisan air mata aku apabila tersedar guru kelas aku mula melangkah masuk ke dalam kelas. Persoalan yang terus bermain didalam kepala nazrin terus menjadi soalan kepada dirinya dan aku mahu ia juga menjadi persoalanan.

To be cont……..

Introduction MySelf

•December 22, 2008 • 2 Comments
Art of hand

Art of hand

Introduction…

Hey u olssss… pasti di antara kalian yang masih tak mengenali diri i ols…. Daniel Sanzley’s adalah nama pena i ols jer.. just rekaan oleh i ols sahaja… boleh dikatakan nama propa atau nama-nama glamourrrr atau pun nama-nama imaginasi i ols jer… **dalam hati, kenapa la mak bapak aku tak namakan aku se ” klass” ini**…. tp nama sebenar i ols Nazrul Nizam b Abdul Rahman… di lahirkan di perak dan dibesarkan di perak jugak… “Ipoh mali tarak sombong”.. tp sesetengah orang kata i ols sombong.. betul u olsssss…. mungkin tak kenal lagi kot… Bab nama-nama ni byk sebenarnya nama i ols… kalau kat umah nama i ols lebih dikenali sebagai Shahrill ( Ni tok bidan yang bagi ) , katanya kalu tak guna nama itewww i ols akan sakit katanyaaaaa… maklumlah pada zaman-zaman tue masih lagi dengan kepercayaan orang-orang tua kannnnn….. kalu di rumah “parent” , i ols dipanggil dengan panggilan Abang YANG… kalu di negeri perak, yang sulung dipanggil Yeop, 2nd Nyah dan ketiga Yang… nasib baik tak no 2, kalu tak i ols di panggil Nyah… tp best gaks tak der ler kalu kawan2 panggil i ols terkantoi… ahakssss….

Semasa i ols dibangku sekolah, i ols lebih dikenali sebagai si lembut… p***** sangat si Amin tue… dia la yang memulakan panggilan i ols macam tue.. memandangkan i ols suka bermain dengan bebudak perempuan… Antara kawan i ols masa sekolah rendah, watie, sharifah, khodi, Liza… bak kata orang semua lah perempuan… kalu ada lelaki pun yang sama spesiss… gitewwwww…. tetap nak berkumpulan kan….. antara kawan baik i ols masa sek (Lelaki) seperti mior, hithir dan juga fauzi (lelaki sesuatu tetapi ada awek katanya) … tetapi i and fauzi selalu g main bola jaring masa waktu Pendidikan Jasmani… nampak sangat ciri-ciri hadek2 masa tue…. dah naluri…..heheheh.. yang penting tetap we ols yang menguasai jaringan… ahaks…. tue la serba sedikit pasal kehidupan di sek rendah… tp bagi i ols sek rendah i ols tersangat best dan i ols dikelilingi orang yang i ols suka berkawan…. Yang penting i ols tidak berpura menjadi diri i ols…..

Hobby? ha ni best nak cerita… i ols suka sgt menulis… masa sekolah dulu tiap tahun i ols akan hantar cerpen i ols kat majalah sekolah… kira tiap tahun terpilih lerrrr…. and citer2 i ols masa dulu nak menjadi penulis novel katanya… tp tak tercapai… tetiba amik coz engineering… tp tak jugak jadi engineer sbb tak berapa minat… tue ler timbul minat nak menulis kat blog nie… So kalu penulisan i ols tak best ke apa ke… boleh la comment… pendapat u ols dan komen2 u ols amat dialu-alukan untuk mempertingkatkan i ols punya blog ni… So enjoy with my writing ya!!!!

So sebagai pemulaan, i ols dah ada beberapa artikel @ novel yang i ols dah karang.. i ols akan mula postkan kat blog i ols… so sila ikuti novel i ols yer!!!!!! dan semestinya komen anda amat diperlukan!!!!!

So setakat ini i ols punya intro and rasa byk sgt intro i ols.. hehehe… Anyway  salam pengenalan dari Daniel Sanzley”s Blog….

XOXO

Love Sanzley’s : I’m very simple, easy going and i’m enjoy in my life. Whatever people think bout me, i’m don’t care because you are what you’re and not somebody else. So let appreciate yourself before your appreciated other’s.

Welcome My Blog – Daniel Sanzley’s

•December 22, 2008 • Leave a Comment

Welcome My Daniel Sanzley’s Blog.

Seronoknya ada blog sendiri.. selalunya hanya membaca-baca blog orang jer.. sebagai permulaan i ols  ingin ucapkan terima kasih kepada akak odah kerana memdorong akak untuk membuka blog sendiri.. sememangnya akak teruja membaca penulisan u ols itewwwww… tergerak i ols untuk mempunyai blog sendiri..

Hari ini 22th December 2008, terukir sejarah i ols  mempunyai blog sendiri… yahoooooooooo……. teruja sesangat u ols.. at least i ols mempunyai channel sendiri untuk memberi pendapat dan meluahkan apa-apa tentang perasaan i ols dan juga hasil2 penulisan i ols boleh di postkan kat c nie.. Di harapkan kawan-kawan sama-sama teruja dengan blog i ols ini…

Harapan i ols semuga u ols selalu melawat i ols punya blog… dan dpt memberi pendapat dan comments terhadap hasil penulisan i ols…

Anyway selamat melayari i ols punya blog……

tata

Hello world!

•December 22, 2008 • 2 Comments

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!