Novel – Antara Cinta, Kekasih dan Sahabat

Bab 1 – Part 2

 

Aku terus menumpukan ke arah guru kelas ku yang baru. Ah.. Cikgu adnan lagi.. Kali ni sudah kali ke 2 cikgu yang sama menjadi guru kelas aku. Sudah semestinya cikgu adnan amat mengenali diri aku dan perangai aku. Segala telatah aku yang kekadang mencuit hati, kedegilan, keras kepala dan segala macam telah diketahui oleh nya. Selain daripada menjadi guru kelas aku semasa aku di tingkatan 1, cikgu adnan merupakan penasihat akademi aku. Segala keputusan peperiksaan dan tahap prestasi aku sudah di ketahui oleh cikgu adnan.

 

            Kali ini cikgu adnan terus tertumpu kepada aku. Dengan senyum sinis seperti ada saja perkataan yang ingin dikatakan kepada aku namun mungkin tersekat oleh kehadiran pelajar-pelajar lain. Terus dia memperkenalkan diri kepada semua pelajar-pelajar lain tetapi bagi aku, aku telah mengenali guru adnan lebih sebagai guru aku namun banyak perkara telah berkongsi bersama-sama cikgu adnan.

           

            Cikgu adnan terus memulakan perbicaraan kelas dengan meminta percalonan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.  Rakan-rakan sekelasku masing-masing berpandangan sesama sendiri. Mungkin tertanya-tanya calon yang mana layak untuk dijadikan ketua tingkatan.. Bagi aku jawatan tidak lah sepenting mana sebab bagi aku diri aku sendiri tidak tahu untuk di uruskan bagaimana aku nak menjadi ketua yang boleh dicontohi. Aku terus berkhayal dan terus hilang dari suasana kelas yang masing-masing memberi respon dan mencadangkan nama-nama untuk dijadikan ketua.

“ daniel sanzley tengku dennis “.. Aku tersedar nama aku di laungkan oleh cikgu adnan. Rupa-rupa tanpa aku sedari nama aku menjadi antara pilihan untuk dijadikan ketua tingkatan. Dengan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku aku mengangkat punggung ku dan melangkah ke depan kelas.. Ada yang ketawa kecil melihat keadaan aku yang serupa lembu yang tak bertanduk dan mengaru kepala bukan kerana gatal. Aku melihat muka nazrin.. Dengan muka yang senyum lebar sudah memberi jawapan bahawa dia lah orang yang mencalonkan aku….. Aku terus berdiri di hadapan bersama-sama pelajar lain yang dicalonkan.

           

Apabila pengundian dimulakan, aku mendapat undian kedua tertinggi, dengan itu secara rasminya aku menjadi penolong ketua tingkatan…. “ ah… apa plak ni.. Apa aku kena buat jd penolong ni “ merungus bicara hati yang sebenarnya tidak bersedia untuk dilantik sebagai contoh kepada pelajar lain. Aku terus melangkah ke arah tempat duduk aku. Aku sempat menguis kepala nazrin yg tersengeh apabila aku mendapat jawatan sbg penolong ketua tingkatan. Kerana dia aku dalam situasi sekarang yang mempunyai tanggungjawab. Aku bukanlah seorang yang suka menanggung tanggunjawab. Namun dari tingkatan 1 aku sudah menjadi pustakawan. Namun sedikit sebanyak tugas-tugas yang diberikan aku mulai belajar darinya. Sebagai seorang penolong kelas aku sedar penampilan, kebijaksanaan dan yang penting tanggungjawab mesti diutamakan kerana setiap gerak geri kita akan diperhatikan.

“ kring……….” Bunyi loceng sekolah menandakan tamat pembelajaran untuk hari yang pertama. Tidak ada yang istimewa melainkan hari ini merupakan hari pertama aku sebagai penolong ketua tingkatan 2 elit.  Aku terus mengemas segala buku-buku yang berada di bawah meja ku lalu menyumbat kedalam beg sekolahku yang berwarna hitam. Aku mmg gemar warna hitam.. Kalu diikutkan semua benda aku akan hitamkan….. Begitulah juga hati ini yang jauh seperti berada didalam keadaan kegelapan… aku terus melangkah keluar dari kelas sesudah memastikan segala suis dan tingkap telah ditutup.  Tanpa aku sedari aku sekali lagi dikejutkan oleh nazrin…. “ amboi kawan kita sorang ni.. Mentang-mentang jadi penolong ketua kelas dah kekwat…. “ kata-kata nazrin amat mendalam bagi ku . Jika aku ada kuasa hendak aku tampar sekuat hati ke mukanya… bukan aku yang pinta tuk menjadi penolong ketua kelas… namun beliau sendiri yang mencadangkan nama aku untuk jawatan berkenaan. Aku terus membisu dengan perasaan yang kurang senang apabila mendengar nazrin berkata sedemikian.

 

Aku terus melabuhkan tubuhku ke atas katil sambil mata ku melihat-lihat jam ditangan..  “ ah dan pukul 1.30 ptg…. Nak pergi sembahyang pulak” aku terus mencapai tuala yang tersangkut di  bibir katil.. Lalu terus ku melangkah pergi ke tandas. Sesudah aku menunaikan solat aku kembali melabuhkan tubuhku ke atas katil. Jam menunjukkan pukul 2.30ptg. Pada waktu sebegini biasanya ramai pelajar berpusu ke perpustakaan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah ditugaskan oleh guru pada sessi persekolahan. Tp lain pula bagi aku, pada waktu begini aku lebih selesa merehatkan diri di dalam dorm sambil mendengar walkman yang sentiasa menjadi teman setia untukku. “ duhai malam… tiada bintang… “ alunan lagu siti nurhaliza menjadi pilihanku untuk menemani seketika perasaanku… tanpa aku sedari aku telah jauh dibuai mimpi……

 

School

Advertisement

~ by sanzley on December 23, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.